Monday 17 September 2012

PENDUDUK SEBAGAI AGEN PERUBAHAN

Pendudukan sebagai sumber tenaga penting menukarkan ekonomi tradisional kepada ekonomi moden- pertanian kepada industri dan perkhidmatan
Dari segi sosial sektor pendidikan, kesiahatn, teelekomunikasi berkembang kerana adanya penduduk yang berkualiti dan mencukupi.

Perubahan landskap fizikal (Alam sekitar fizikal)

Manusia bertindak terhadap persekitaran fizikal dengan pelbagai cara. Manausia bertindak terhadap tanih, air, udara, flora dan fauns. Penggubahan ini mendatang kesan ke atas landskap fizikal seperti penebukan bukit, penarahan dan pemotongan bukit, aktiviti penyahhutanan seperti pembalakan, pertanian, penorokaan tanah baru, pembinaan empangan dsb.

erubahan landskap budaya (Alam sekitar Manusia)

Fenomena budaya dilihat menerusi kewujudan petempatan, pusat perindustrian, Jaringan pengangkutan, telekomunikasi fenomena pemnomena ini terhasil daripada gubabahan manusia ke atas alam sekitar fizikal.ndaran, pelabagai guna tanah pertanian. 

PENDUDUK SEBAGAI SUMBER


Penduduk di dalam sesebuah negara dianggap sebagai sumber manausia yang penting dan berharga kepada negara berkenaan. Penduduk diukur dari segi kuantiti dan kualiti.

Monday 10 September 2012

KESAN POSITIF PENDUDUK KURANG

1. Taraf hidup tinggi, pendapatan yang lumayan kerana persaingan untuk mendapatkan pekerja menyebabkan kadar upah tinggi.
2. Sumber tidak diancam kepupusan atau kehabisan, tekanan terhadap umber berkurangan kerana jumlah sumber yang ada berupaya menampung dan memenuhi keperluan penduduk.
3. Pendapatan perkapita meningkat
4. Taraf social penduduk meningkat-kemudahan pendidikan berkualiti, kadar buta huruf rendah, kualiti kesihatan meningkat, perhubungan dan pengangkutan maju dan lain-lain kemudahasan asas cukup.

MASALAH-MASALAH PENDUDUK KURANG

1. Taburan penduduk tidak sekata- kawasan luar bndar kurang penduduk, penduduk tertumpu di kawsan Bandar, kerajaan sukar menyediakan kemudahan asas di luar Bandar kerana penduduknya yang sedikit.
2. Sumber kurang dimajukan kerana kekurangan tenaga kerja.- hanya sumber yang mendatangkan keuntungan sahaja dimajukan-sumber lain terbiar dan membazir seperti menjadi tanah terbiar atau menjadi stok sumber sahaja.
3. Perkembangan perusahaan lambat kerana masalah kekurangan tenaga kerja.
4. Terpaksa bergantung kepada buruh asing untuk membangunkan ekonomi negara- pengaliran keluar wang ke negara luar.
5. Saiz pasaran domestic terhad- jumlah penduduk sedikit , kuasa beli penduduk rendah maka pasaran barangan dan perkhidmatan sukar dikembangka
n.

KESAN POSITIF PERTUMBUHAN PENDUDUK YANG PESAT

1. Pembangunan tanah untuk pertanian dapat dimajukan- pengeluaran bahan makanan meningkat, menghasilkan bahan mentah yang banyak dan meningkatkan eksport.
2. Penerokaan sumber dapat dipergiatkan kerana tenaga kerja yang banyak dan cukup
3. Kegiatan pembalakan dapat dimajukan
4. Kegiatan perikanan dapat dimajukan
5. Mengeksport tenaga buruh keluar negara- mendapat tukaran wang asing
6. Pasaran yang tempatan yang luas untuk memasarkan hasil keluaran barangan negara
7. menguatkan pertahanan negara

MASALAH PENDUDUK LEBIHAN

1. Golongan penduduk muda yang tinggi membebankan penduduk dewasa
2. Kemiskinan semakin meningkat- akibat penduduk yang ramai,sumber pendapatan tidak mencukupi, tanah pertanian yang dikerjakan tidak dapat menampung keperluan penduduk yang ramai
3. Pertambahan tanggungan / beban kerajaan bagi menyediakan kemudahan asas – pendidikan, kesihatan bagi menampung keperluan penduduk muda
4. Kekurangan peluang pekerjaan – penduduk ramai pekerjaan terhas berlakunya pengangguran
5. Kepadatan penduduk Bandar tinggi- berlaku kesesakan seperti setinggan dan masalah social
6. taraf hidup rendah- negara tidak maju
7. Taraf pendidikan rendah, tidak semua rakyat dapat menikmati peluang pendidikan- kadar buta huruf tinggi
8. Kekurangan makanan- kebuluran kerana hasil pengeluaran makanan tidak dapat menampung jumlah penduduk.
9. Masalah perumahan yang tidak mencukupi
10. Kurang kemudahan kesihatan, perubatan dan pendidikan.

KESAN PERTUMBUHAN PENDUDUK YANG PESAT

PENDUDUK LEBIHAN : Penduduk yang ada melebihi daripada sumber-sumber yang ada atau sumber-sumber yang ada tidak bertambah tetapi penduduk yang bertambah. Penduduk bergantung kepada sumber-sumber yang sedia ada menyebabkan pengeluaran perkapita yang rendah
Sumber-sumber yang ada tidak dapat menampung jumlah penduduk yang ada

Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar kematian rendah

i. taraf hidup tinggi- makanan berzat, seimbang, kesedaran penjagaan kesihatan
ii. taraf perubatan dan kesihatan moden- banyak penyakit berbahaya boleh diubati dengan kaedah rawatan moden
iii. dasar kerajaan- membasmi penyakit dari awal – imunisasi
iv. pendidikan kesihatan sejak dari sekolah tentang amalan hidup sihat

Faktor-faktor yang menyebabkan kadar kematian tinggi

i. taraf hidup yang rendah – kurang zat makanan, penjagaan kesihatan yang tidak baik
ii. taraf kesihatan yang rendah- banyak wabak penyakit yang merebak dan tidak dapat dikawal.
iii. Politik- perang saudara, pencerobohan
iv. Adat/agama – adat yang menggalakkan suami mati isteri membunuh diri (system sutee di India0

Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar kelahiran rendah

i. kadar fertility rendah – kahwin di usia yang lewat
ii. amalan perancangan keluarga- mengehadkan bilangan ahli keluarga kerana kesibukan tugas / kos hidup tinggi
iii. wanita berkerjaya dan berpendidikan tinggi – lebih suka hidup membujang
iv. dasar kerajaan mengehadkan bilangan anak untuk mengelakkan kesesakan tempat tinggal – jepun dan singapura

Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar kelahiran tinggi

i. kadar fertility tinggi- kahwin di usia muda
ii. kegagalan amalan perancangan keluarga
iii. tahap pendidikan rendah
iv. tahap kesihatan yang baik – penjagaan kesihatan ibu dan bayi- mengurangkan risiko kematia ibu dan bayi
v. dasar kerajaan – menggalakkan bilangan penduduk ramai untuk pembangunan ekonomi.

PERTUMBUHAN PENDUDUK

- merujuk kepada satu angka yang dapat menunjukkan satu arah pertambahan penduduk sama ada pesat, perlahan, static atau berkurangan di sesbuah negara dalam suatu tempoh tertentu. Angka ini diukur dalam unit % atau per/1000 orang. Misalnya pertumbuhan penduduk Malaysia pada tahun 1999 ialah 2.5% atau 25 orang/1000 (Pertambahan seramai 25 orang bagi setiap 1000 orang penduduk)
- Kadar pertumbuhan penduduk dibahagikan kepada 2 jenis iaitu
a) kadar pertumbuhan penduduk semula jadi – kadar pertumbuhan kasar
b) kadar pertumbuhan bersih – mengambil kira perbezaan migrasi dan emigrasi

TABURAN PENDUDUK

Taburan penduduk bermaksud sebaran atau agihan penduduk di atas ruang bumi . Sebaran ini menghasilkan taburan penduduk yang tidak sekata iaitu kawasan yang berpenduduk padat, sederhana padat, dan berpenduduk jarang
Kepadatan penduduk pula bermaksud nisbah diantara jumlah penduduk di sesebuah kawasan berbanding dengan keluasannya.